""

Saturday, 15 February 2014

Mesyuarat Agong PIBG 1/2014

Mesyuarat Agung PIBG diadakan 1 kali setahun bertujuan untuk membubarkan AJK yang lama dan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru bergantung kepada keputusan ahli mesyuarat yang hadir. Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG En Noorazman B Jamalin Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti persembahan oleh murid-murid SKBL. 

Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amatlah memberangsangkan.Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh sebahagian besarnya kaum ibu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir sebagai tanda komitmen mereka dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar ibu dan bapa. 

Terdapat beberapa usul baru yang dibawa pada mesyuarat kali ini. Diharapkan agar hasil keputusan mesyuarat ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian dahulu dari pihak admin. Diakhiri dengan ucapan, Assalamualaikum..







No comments:

Post a Comment