""

Tuesday 31 December 2013

SKBL di BERITA HARIAN

Warga SKBL berasa bangga kerana terpilih dalam program anjuran Berita Harian untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2014. Pihak Berita Harian berbesar hati memberi sumbangan dengan membekalkan bahan-bahan rujukan bagi persediaan murid-murid untuk mengulangkaji untuk menghadapi UPSR.

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Berita Harian.


Sisipan akhbar Berita Harian

Guru Besar menerima soalan latihan UPSR BH-DIDIK tiga dari kanan



Saturday 28 December 2013

Mesyuarat Pengurusan 1/2014 & Majlis Perpisahan En Suffian Mohd Top

Bermulalah permulaan baru untuk persekolahan sesi 2014 dengan Mesyuarat Kali Pertama Pengurusan 1/2014, banyak perkara diperbincangkan, diperbaiki bagi meneruskan kecemerlangan bagi sesi 2014 nanti.

Dan dikesempatan ini juga pihak sekolah dibawah anjuran Kelab Guru turut mengadakan sedikit majlis perpisahan untuk En Suffian B Mohd Top yang akan berpindah ke kampung halamannya untuk berbakti disana pula.


Untuk makluman, bukan sesuatu yang mudah bagi En Suffian untuk membuat keputusan ini kerana setelah sekian lama berbakti di SKBL beliau mengambil keputusan berpindah pada tahun ini, kerana atas dasar tanggungjawab beliau disamping atas kepentingan perkhidmatan beliau juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai abang yang sulong untuk menjaga ibunya yang tinggal bersendirian di kampung.


Admin & pihak sekolah mendoakan yang terbaik untuk En Suffian dan akan lebih berjaya dimasa-masa akan datang.Amin.

Semoga Berjaya ditempat baru.Tahniah!!!!