""

Piagam Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar setulus ikhlas akan menumpukan segala usaha dan tenaga untuk :

  • Melaksanakan dasar dan wawasan pendidikan negara bagi melahirkan anak didik yang berilmu, berakhlak dan berketerampilan. 
  • Berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum 
  • Membimbing murid agar menjadi seorang insan yang aktif, kreatif, dan inovatif agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang mencabar 
  • Menyediakan guru dan staf sokongan yang berwawasan, amanah dan bertanggungjawab agar kualiti kurikulum dan ko-kurikulum mencapai prestasi yang cemerlang 
  • Sentiasa memberikan kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam melahirkan murid yang terdidik dengan budaya ilmu yang berlandaskan falsafah pendidikan negara