""

Lencana Sekolah






PENGENALAN


Lencana sekolah ini mempunyai 3 warna iaitu merah, kuning dan biru.

  • Warna merah melambangkan semangat yang menyala dan berkobar-kobar untuk menuntut ilmu pengetahuan.
  • Warna kuning melambangkan kesetiaan terhadap tanggungjawab dan tugas ke arah menuntut ilmu untuk mencapai matlamat keharmonian dan kesejahteraan hidup.
  • Warna biru melambangkan perhubungan yang erat dikalangan ibu bapa dan guru untuk meningkatkan taraf pendidikan di sekolah.
  • Obor pula melambangkan ilmu sebagai penerang dan penyuluh hidup.
  • Jam melambangkan ketepatan waktu sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.