""

Sejarah Penubuhan

Difahamkan sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1950 atas daya usaha penduduk kampung dan Pejabat Daerah Petaling. Bangunan asal sekolah terletak di Batu 11, Jalan Damansara yang dibina dari kayu secara bergotong-royong.(lokasi tol Penchala LDP sekarang)

Diawal penubuhannya hanya terdapat 40 orang murid yang terdiri daripada murid Orang Asli Temuan. Pada tahun 1954, sekolah dipindahkan ke Batu 10 Jalan Damansara oleh JHEOA dan dibina secara bergotong-royong. Pada Tahun 1962, sekolah berpindah ke Kg. Orang Asli Bukit Lanjan (Kg. Dalam) yang mana bangunan 3 bilik darjahnya dibina oleh JHEOA.


Pada tahun 1984, satu blok yang terdiri dari 2 bilik darjah telah dibina bagi mengatasi masalah kelas bercantum. Bangunan Blok B yang merupakan bangunan batu 2 tingkat telah siap dibina pada tahun 1995. Disebabkan Projek Penswastaan Pembangunan Bukit Lanjan, SK Bukit Lanjan telah berpindah ke tapak yang baru dengan bangunan moden pada September 1999.

Tapak lama telah didirikan pangsapuri untuk belia Orang Asli. Pada Tahun 2004 Kelas KAFA Integrasi Bukit Lanjan ditubuhkan di bawah pentadbiran sekolah sepenuhnya (atas arahan Menteri Besar) yang mana pertama seumpamanya di Negeri Selangor.


Kelas Pra sekolah dan bangunan khasnya mula beroperasi pada tahun 2007. Pada Januari 2010 pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk membuka 2 kelas Pendidikan Khas untuk murid bermasalah pembelajaran iaitu yang pertama seumpamanya bagi sekolah murid Orang Asli di Negeri Selangor.

No comments: