""

Saturday 25 January 2014

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN 2014

Hari ini juga adalah merupakan sekolah ganti bagi SKBL sempena cuti Sambutan Hari Raya Cina nanti, Unit Disiplin SKBL bersama-sama Unit Bimbingan telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan kepada Pengawas-Pengawas Sekolah bersama dengan Pengawas Pusat Sumber untuk sesi 2014 seterusnya memberikan watikah lantikan kepada mereka untuk sesi 2014. 

Tinggi harapan admin begitu juga guru-guru, setelah selesai program ini, diharap pengawas-pengawas sekolah dapat menjadi "role model" kepada murid-murid yang lain seterusnya dapat memberikan impak yang positif kepada sekolah.


Cikgu Rosdi memberikan sedikit taklimat program
En Suhaidi memberikan kata-kata semangat






Haaaa.......terkejut ditanya Guru Besar










Friday 24 January 2014

SKBL BERSAMA MYKASIH



Program MyKasih ini adalah merupakan bantuan untuk masyarakat yang kurang berkemampuan dimana penderma akan menghantar sumbangan kepada Mykasih dan MyKasih ini akan mengagih-agihkan sumbangan tersebut kepada mereka yang layak .



En Suhaidi PK HEM memberi sedikit taklimat





Senyum.....1...2.....3


PROGRAM GURU PENYAYANG 2014

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru-guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. 

Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
  • Mengalu-alukan kehadiran murid 
  • Pelaksanaan Program Mentor Mentee 
  • Memberi penghargaan kepada murid 


En Fuad bersama PK HEM En Suhaidi bersama murid kesayangan....

Kasih Sayang Cikgu pada muridnya....dijemputnya supaya hadir ke sekolah



MAJLIS MAULIDUR RASUL SKBL 2014

Unit Pendidikan Islam mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2014, sambutan juga diselitkan dengan ceramah dan selawat beramai-ramai bagi menerbitkan rasa rindu kepada junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dan sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada baginda.















Monday 20 January 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.