""

Wednesday 26 February 2014

Mesyuarat Gotong Royong Perdana 2014

SKBL penuh dengan aktiviti, hari ini Mesyuarat Gotong Royong Perdana 2014, program ini anjuran PIBG & Unit 3K dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid 2014.



"YDP terkejut ke tu..........."
"Seriusnya.............."
Barisan Jawatankuasa Induk 

Jom Jom Jom Baris.....mungkin itu kata-kata En Suhaidi
En Rosdi tulang belakang program gotong-royong perdana SKBL


PK HEM En Suhaidi bersama PK Pentadbiran Pn Rohani 

Turut hadir :
- Pasukan Tentera dari Kem Sungai Buloh
  Rejimen 502 AW, Sungai Buloh 
  Lt Kol Motazah Mohayat, Ltm Hasbullah         Hassan,Kapt Siti Hajariah Abdul Aziz
- PIBG SKBL
  YDP En Norazman Jamalin & AJK
- JKKK Desa Temuan
  En Ismael B Chat - Tok Batik Desa Temuan    
  & AJK

Saringan Peserta PBB Negeri Selangor 2014

Tahniah!!!! Tahniah pihak admin & pihak sekolah ucapkan kepada adik Mohd Luqman B Mohd Nazri dari Tahun 6 Batin kerana terpilih sebagai wakil dari SKBL ke perkhemahan PBB Negeri Selangor 2014.










Pemilihan Peserta Perkhemahan PBB Peringkat Negeri Selangor


Hari ini pemilihan peserta perkhemahan PBB Peringakat Negeri Selangor 2014. Seramai 6 orang murid SKBL terpilih untuk menyertai sesi pemilihan kali ini.


En Puru terkejut ke......






Tuesday 25 February 2014

Mesyuarat Perkhemahan PBB Peringkat Negeri Selangor 2014

SKBL menjadi tuan rumah Mesyuarat Perkhemahan PBB Peringkat Negeri Selangor 2014.Mesyuarat dipengerusikan oleh En Khairul Anuar B Abd Azid, Guru Besar SKBL.








Monday 24 February 2014

Program Kad MyKasih

MyKasih meneruskan lagi jalinan mesra dengan pihak SKBL, hari ini pihak mereka menyumbang kad prabayar dengan nilai permulaan sebanyak rm120 kepada setiap murid yang layak dan pada bulan-bulan seterusnya sebanyak rm60 akan dimasukkan ke setiap kad prabayar tersebut. Kegunaan kad prabayar ini meliputi perbelanjaan harian murid-murid di sekolah -makanan & alat tulis.

Fungsi kad prabayar ini umpama kad debit diluar sana.....wahhh satu pengalaman yang baru mungkin kepada murid-murid Asli di SKBL ini, disamping dapat berbelanja sedikit sebanyak mereka mendapat pengalaman baru menggunakan kad prabayar di sekolah. Mesin-mesin prabayar akan di tempatkan di kantin sekolah bagi perbelanjaan makanan harian mereka di sekolah dan satu lagi ditempatkan dikoperasi sekolah bagi perbelanjaan alat tulis mereka.

Mudah-mudahan meraka dapat memanfaatkan kelebihan yang diberikan untuk kepentingan pembelajaran mereka disekolah. Semoga dengan sedikit usaha dan sumbangan ini tidak akan membantutkan usaha mereka untuk berjaya dalam pembelajaran mereka. InsyaAllah...............


Pihak MyKasih memberikan sedikit taklimat


Murid-murid mendengar penerangan yang diberikan

Kad Prabayar sumbangan dari MyKasih


En Alco Chang wakil dari MyKasih menyampaikan kad MyKasih kepada murid SKBL







Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Karnival 1M1S

Keputusan akhir Karnival Bola Baling & Bola Jaring 1M1S 2014 adalah seperti berikut :-

BOLA BALING 
JOHAN RUMAH HIJAU
N/JOHAN RUMAH BIRU

BOLA JARING
JOHAN RUMAH BIRU
N/JOHAN RUMAH HIJAU

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan pada hari ini, sempena Perhimpunan Rasmi SKBL.

Pihak admin, pentadbir & guru-guru mengucapkan jutaan tahniah kepada para pemenang...kepada yang kurang bernasib baik...usaha lagi dilain karnival yang akan dianjurkan pada masa yang akan datang.