""

Thursday 31 October 2013

FUTSAL SKBL 2013

Sepanjang minggu ini (30hb Oktober - 1hb November 2013) UNIT SUKAN SKBL telah mengadakan Pertandingan FUTSAL 1M1S. Pertandingan ini diantara rumah-rumah sukan SKBL (KUNING, HIJAU, BIRU & MERAH). Futsal ini dipertandingkan dalam 2 kategori iaitu kategorai lelaki & perempuan. Pertandingan akhir akan dijalankan pada 1hb November 2013 bersamaan dengan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SKBL.

















Saturday 26 October 2013

RIANG RIA HARI KEUSAHAWANAN SKBL 2013

Tamat sudah Hari Keusahawanan SKBL bagi edisi tahun 2013;26 Oktober 2013.Ramai pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi Hari Keusahawanan SKBL pada kali ini.
Antara jemputan yang hadir;-


  • EN MOHD SHARIZA BIN AMIR SHARIFFUDDIN         KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SUBANG 
  • WAKIL DARI JAKOA 
  • WAKIL DARI PIHAK BANK SIMPANAN NASIOANAL (BSN) 
  • WAKIL DARI PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) 
  • WAKIL DARI PIHAK JABATAN BOMBA 
  • WAKIL DARI JABATAN PENERANGAN 

Tahniah & Syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. 









































Thursday 24 October 2013

HARI KONVOKESYEN KEDAP 2013

Malam yang penuh warna-warni, bagi meraikan pelajar-pelajar kelas khas KEDAP bagi sesi 2013. Pelajar-pelajar kelas khas KEDAP diraikan dan dikonvokan pada malam ini sebagai tanda tamatnya pembelajaran bagi sesi 2013. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat iaitu wakil dari pihak PPD Petaling Utama, Tn Hj Abu Omar B Mos Timbalan Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, serta wakil dari JAKOA dan tetamu-tetamu jemputan yang lain dan tidak lupa juga wakil dari pihak PIBG SKBL 2013 serta juga penghargaan untuk guru-guru kelas KEDAP; Pn Masliza bt Yusuff , Pn Fadzilah bt A Rahman dan Pn Suzianah bt Abdul Talib serta AJK-AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi sambutan yang penuh gilang gemilang pada malam ini.Admin mengucapkan jutaan TAHNIAH dan terima kasih.



Guru-guru KEDAP turut menyumbangkan suara

En Fuad bersama NYDP PIBG Pn Zakiah 

Bakat terpendam Guru Besar SKBL

Nyanyian solo Pn Suzianah turut memukau hadirin

Pelajar-pelajar KEDAP membuat persembahan tarian sewang

Pelajar-pelajar KEDAP kusyuk mendengar kata-kata semangat dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Sebahagian aksi istimewa AJK malam ini
Kegembiraan jelas terpancar dengan tamatnya majlis pada malam ini dengan jayanya.

Penyampian sijil & anugerah pelajar contoh Kelas Kedap 2013
Kelas & Guru KEDAP bergambar bersama tetamu jemputan


SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?