""

Thursday 2 January 2014

TAHUN BARU 2014


Bermula sudah sesi persekolahan 2014, semangat baru,wajah baru, wajah yang sungguh ceria murid-murid kembali semula ke sekolah setelah lama bercuti. Pelbagai aktiviti dirancang pada minggu pertama persekolahan terutama bagi menyambut kedatangan murid-murid Tahun 1.

Penyalaras Tahun 1 pada tahun ini adalah En Ahmad Fuad B Sebon merangkap Guru Kelas Tahun 1, banyak aktiviti yang dirancang oleh beliau untuk murid-murid kesayangannya, supaya dapat memberi dorongan kepada mereka untuk terus datang sekolah dihari-hari seterusnya dan mungkin dapat menghilangkan sedikit rasa takut pada mereka yang mungkin pertama kali bersekolah.

Guru Disiplin, En Mohd Rosdi B Tahir juga mengambil kesempatan untuk memberi penerangan kepada murid-murid berkenaan disiplin sekolah kepada murid-murid Tahun 1.

Cikgu-cikgu lain juga turut sibuk dengan murid-murid mereka, menghias kelas, susun atur kelas, melantik Ketua Kelas, mengambil kedatangan maka bermulalah aktiviti seperti biasa setelah lama bercuti. Cikgu-cikgu pun turut bersemangat dengan azam Tahun Baru 2014 untuk memacu SKBL terus kehadapan dan terus berjaya.Amin





















No comments:

Post a Comment