""

Friday 24 January 2014

PROGRAM GURU PENYAYANG 2014

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru-guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. 

Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
  • Mengalu-alukan kehadiran murid 
  • Pelaksanaan Program Mentor Mentee 
  • Memberi penghargaan kepada murid 


En Fuad bersama PK HEM En Suhaidi bersama murid kesayangan....

Kasih Sayang Cikgu pada muridnya....dijemputnya supaya hadir ke sekolah



No comments:

Post a Comment