""

Saturday 25 January 2014

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN 2014

Hari ini juga adalah merupakan sekolah ganti bagi SKBL sempena cuti Sambutan Hari Raya Cina nanti, Unit Disiplin SKBL bersama-sama Unit Bimbingan telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan kepada Pengawas-Pengawas Sekolah bersama dengan Pengawas Pusat Sumber untuk sesi 2014 seterusnya memberikan watikah lantikan kepada mereka untuk sesi 2014. 

Tinggi harapan admin begitu juga guru-guru, setelah selesai program ini, diharap pengawas-pengawas sekolah dapat menjadi "role model" kepada murid-murid yang lain seterusnya dapat memberikan impak yang positif kepada sekolah.


Cikgu Rosdi memberikan sedikit taklimat program
En Suhaidi memberikan kata-kata semangat






Haaaa.......terkejut ditanya Guru Besar










No comments:

Post a Comment