""

Monday, 24 February 2014

Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Karnival 1M1S

Keputusan akhir Karnival Bola Baling & Bola Jaring 1M1S 2014 adalah seperti berikut :-

BOLA BALING 
JOHAN RUMAH HIJAU
N/JOHAN RUMAH BIRU

BOLA JARING
JOHAN RUMAH BIRU
N/JOHAN RUMAH HIJAU

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan pada hari ini, sempena Perhimpunan Rasmi SKBL.

Pihak admin, pentadbir & guru-guru mengucapkan jutaan tahniah kepada para pemenang...kepada yang kurang bernasib baik...usaha lagi dilain karnival yang akan dianjurkan pada masa yang akan datang.













Thursday, 20 February 2014

Program Peningkatan Akademik 2014 bersama MISC Berhad

Hari ini sungguh bertuah, SKBL sekali lagi mendapat kunjungan dari pihak MISC Berhad. Pihak MISC Berhad pada tahun ini sekali lagi bersetuju meneruskan program-program bersama SKBL.Ini merupakan tahun kedua pihak MISC Berhad bersama dengan SKBL.

Program-program yang dirancang akan dijalankan pada bulan Mei nanti. Jika tahun lepas, program Outreach bersama murid Tahun 5 & 6 beserta ibubapa dan PIBG SKBL, program dijalankan selama satu hari -pihak MISC bersama murid-murid SKBL mungkin tahun ini program yang lebih menarik lagi yang mana bertujuan untuk memberi kesedaran, semangat dan motivasi kepada murid-murid terutamanya murid Orang Asli untuk berjaya dalam UPSR.

Rombongan MISC Berhad terdiri dari En Masrizal b Makrom (Pegawai Meja), Pn Rozita Abd Hamid & Pn Hafinaz Abd Rahman. Pihak SKBL diwakli oleh En Khairul Anuar Abd Azid (GB SKBL), Pn Rohani Othman (PK Pentadbiran), Pn Norazlina Kajaan (SU Kurikulum) & Pn Rajamah Hassan (Guru Tahun 6).




Wednesday, 19 February 2014

Pusingan Akhir Karnival 1M1S - Bola Baling & Bola Jaring

Hari ini adalah pusingan terakhir Karnival 1M1S 2014 Bola Baling & Bola Jaring.  Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pentadbir dan semua warga kerja SKBL kerana dapat menjayakan karnival ini hingga ke kemuncaknya pada hari ini.

Admin mohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat bersama-sama hingga ke penghujung karnival kerana sibuk dengan kehadiran pihak pemantau dari PPDPU yang datang untuk memantau Program Linus SKBL.

Cubaan memprovokasi pengadil.... :)

Gaya Pengurus Pasukan Rumah Kuning.......


Model SKBL  2014 



Tuesday, 18 February 2014

Latihan Pusat Atlet Sekolah Olahraga & Balapan MSSD & KSSMOA

Alhamdulillah.....latihan pusat seperti yang dirancang dapat dilaksanakan pada hari ini. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang memberi sokongan.


Pengurus/Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga & Balapan SKBL 2014 : 
En Mohd Hazwan B Mohd Zain

Jurulatih 100M & 200M :
Pn Fadzilah Bt A Rahman

Jurulatih Lontar Peluru :
Pn Masliza Bt Yusup

Jurulatih Lompat Jauh :
Pn Rajamah Bt Hassan

Jurulatih Lompat Tinggi :
En Hamdan B Kiplie


En Hamdan bersama En Puru menguruskan latihan lompat tinggi

Pn Fadilah memerhatikan latihan 100 M & 200 M

Pn Masliza & En Hazwan dengan latihan lontaran peluru

Pn Rajamah memerhatikan teknik lompatan 




Saturday, 15 February 2014

Mesyuarat Agong PIBG 1/2014

Mesyuarat Agung PIBG diadakan 1 kali setahun bertujuan untuk membubarkan AJK yang lama dan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru bergantung kepada keputusan ahli mesyuarat yang hadir. Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG En Noorazman B Jamalin Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti persembahan oleh murid-murid SKBL. 

Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amatlah memberangsangkan.Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh sebahagian besarnya kaum ibu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir sebagai tanda komitmen mereka dan tanggungjawab sebagai insan yang bergelar ibu dan bapa. 

Terdapat beberapa usul baru yang dibawa pada mesyuarat kali ini. Diharapkan agar hasil keputusan mesyuarat ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak. Sekian dahulu dari pihak admin. Diakhiri dengan ucapan, Assalamualaikum..







Wednesday, 12 February 2014

KARNIVAL SUKAN 1M1S 2014

Karnival Sukan 1M1S 2014 berlangsung pada 12/02/2014 & 19/02/2014, karnival ini melibatkan 4 Rumah Sukan - Hijau, Merah, Kuning dan Biru perlawanan dibuat secara liga. Karnival ini melibatkan acara Bola Baling (Lelaki) & Bola Jaring (Perempuan).

Karnival ini diadakan sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit ruang pendedahan kepada murid-murid yang terpilih untuk mewakili pasukan sekolah pada tahun ini sebagai satu bentuk latihan secara tidak langsung untuk merasai perlawanan sebenar nanti. 










Monday, 10 February 2014

KUIZ WARISAN MELALUI TALIAN

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara sedang menganjurkan Kuiz Warisan Online secara bulanan. Ia bertujuan untuk meningkatan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap warisan negara. Kuiz Warisan Online ini boleh dilayari di www.heritage.gov.my.

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar dan masyarakat umum. Pemenang Kuiz Warisan Online akan menerima hadiah menarik dari pihak penganjur.

Jomm!!!Kita ramai-ramai menguji kefahaman dan kesedaran kita tentang warisan negara kita.

PROGRAM MENTOR MENTEE

Hari ini diadakan secara rasmi pelancaran Program Mentor Mentee bagi Tahun 2014. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu pihak sekolah & guru-guru serta murid-murid Tahun 6 bagi persediaan menghadapi UPSR 2014.

Diharap dengan usaha mulia ini dari guru-guru yang terpilih dapat membantu melonjakkan prestasi pencapaian UPSR SKBL pada tahun ini.InsyaAllah.....
















Pengarah program En Azizul.....senyum sokmo